SELAMAT DATANG!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Selamat datang ke blog saya BloGURU.Blog yang bakal menyajikan maklumat dan informasi berkaitan dengan bidang Pendidikan Khas khususnya...

Rabu, 7 Disember 2011

How to Make an Origami Butterfly..

video

Antara aktiviti murid kelas Pendidikan Khas....
Aktiviti ini boleh merangsang murid supaya memberi perhatian terhadap sesuatu aktiviti dan boleh digunakan sebagai terapi bagi mereka....

Bagaimana negara lain mengamalkan AKAK21 dalam sistem pendidikan mereka?

Amalan Kemahiran Abad Ke-21 (AKAK21) dibangunkan secara profesional adalah bertujuan menyediakan guru-guru untuk menyepadukan Kemahiran Abad Ke-21 ke dalam bilik-bilik darjah dan sekolah-sekolah mereka. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 harus menjadi sebahagian daripada penekanan komprehensif kepada kemahiran kehidupan dan kerjaya, kemahiran belajar dan inovasi, dan kemahiran maklumat, kerjaya dan teknologi disamping sejajar dengan piawaian (standard), kokurikulum, dan penilaian. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kepentingan Kemahiran Abad Ke-21 seperti perubahan permintaan tempat kerja yang semakin hebat, keperluan penduduk abad ke-21 yang efektif, dan persaingan global dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, untuk melaksanakan kokurikulum yang seimbang adalah dengan menyediakan semua aspek bagi perkembangan kanak-kanak iaitu fizikal, emosi, sosial, dan intelektual. Kokurikulum yang seimbang juga mengutamakan sifat para pelajar; yakin diri, ketahanan diri, motivasi untuk belajar, kesihatan fizikal, kemahiran sosial, dan ukuran kejayaan yang lain yang tidak boleh selalu diukur hanya dengan berpandukan markah ujian atau peperiksaan. Penerangan diatas juga boleh diilustrasikan melalui Gambarajah 1 di bawah.


Amalan Kemahiran Abad Ke-21 yang berterusan boleh diperjelaskan dengan berpandukan jadual di bawah:

Bergerak dari.....

Bergerak menuju.....

Pemfokusan pada arahan guru

Pemfokusan pada pembelajaran murid

Bekerja sendirian

Bekerjasama

Penyampaian maklumat

Pertukaran maklumat

Pasif, pembelajaran receptif

Aktif, pembelajaran berasaskan pertanyaan

Fakta, pengetahuan asas

Fikiran kritis

Tindak balas reaktif

Pro aktif, berperancangan

Terdapat beberapa pendekatan berasaskan sokongan penyelidikan yang terbukti efektif bagi meningkatkan pembelajaran Kemahiran Abad Ke-21 iaitu pembelajaran berasaskan permasalahan, pembelajaran secara kerjasama, penggunaan konteks real-world (dunia realiti), dan teknologi pendidikan. Pembelajaran berasaskan permasalahan ialah satu strategi instruksional dimana para pelajar didedahkan dengan isu-isu dan topik-topik dunia realiti yang mencabar dimana mereka dikehendaki melakukan proses penyelesaian masalah isu-isu terbabit. Satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah yang memerlukan para pelajar untuk menghasilkan idea-idea seiring dengan penjelasan akan menggalakkan lagi proses pembelajaran. Pembelajaran secara kerjasama yang memerlukan para pelajar untuk bekerjasama di dalam satu kumpulan secara tidak langsung akan menggalakkan semangat kerjasama dalam kumpulan, sifat kepimpinan, dan kemahiran hidupan/karier yang lain disamping dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Teknologi pendidikan adalah salah satu elemen yang terpenting dalam kokurikulum abad ke-21. Mengaplikasikan teknologi yang bersesuaian ke atas tugas-tugas pengajaran boleh meningkatkan kualiti kandungan kedua-dua jenis pembelajaran samada secara tradisional mahupun untuk abad ke-21. Dalam sesetengah kes, perkataan teknologi yang bersesuaian juga dirujuk sebagai pensel, buku, atau perbualan. Sekolah-sekolah abad ke-21 turut mengambil kesempatan terhadap perkembangan teknologi terkini. Teknologi komunikasi masakini memudahkan penghantaran dan penerimaan maklum balas dan membolehkan para pelajar melakukan ulangkaji kerja-kerja mereka secara berterusan. Penggunaan alat digital masa kini membolehkan pegabungan sumber-sumber seperti data saintifik, koleksi perpustakaan, video dan filem dari seluruh dunia ke dalam satu kokurikulum. Ini juga menunjukkan pengajaran yang melibatkan konteks dunia realiti memudahkan pemindahan pembelajaran dari sekolah ke kehidupan sebenar.

Merujuk kepada buku bertajuk Teaching with Educational Technology in the 21st century: The Case of the Asia Pacific Region , yang ditulis bersama oleh Yukiko Inoue & Suzanne Bell, pada Bab 9, mukasurat 230, dimana mereka mengupas isu mengenai peluang dan cabaran E-Learning atau pembelajaran secara elektronik untuk abad ke-21. Dalam bab ini juga ada dikupaskan mengenai Teknologi Maklumat dan Pembelajaran di Kawasan Asia Pasifik. Antara negara di Asia Pasifik yang terlibat dalam kajian ini ialah Singapura, Jepun, China, Hong Kong, dan Australia. Di Singapura, IT Master Plan telah dilancarkan pada tahun 1997. Master Plan I difokuskan untuk membangunkan infrastruktur di dalam sekolah baik dari segi fizikal mahupun teknologinya; menggalakkan peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) di kalangan guru-guru; membangunkan isi kandungan dan sumber-sumber pembelajaran; memperkenalkan kokurikulum dan isu-isu penilaian ke dalam IT; dan mewujudkan hubungan antarabangsa dan pautan berkaitan IT. Master Plan II pula akan lebih memfokuskan mengenai proses pembelajaran dan pembelajaran di atas talian yang berasaskan sesawang (web). Di Jepun, Kementerian Pendidikan nya menjalankan satu projek yang dipanggil Strategi E-Jepun, yang menekankan mengenai penggunaan pendidikan Informasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT) di sekolah. Pemasangan sambungan wayar Internet di dalam semua bilik darjah telah dilaksanakan pada 2005-2006, dan harapan mereka agar kanak-kanak dapat dibantu untuk mempelajari ilmu dan kemahiran terkini. Secara spesifiknya, subjek untuk IT tidak hanya memfokuskan pada kemahiran penggunaan komputer, malah pada pengetahuan dan moral di dalam era informasi, seiring dengan nilai-nilai pandangan.

Rujukan

[1] http://www.21stcenturyskills.org/

[2] http://www.metiri.com

[3] Yukiko Inoue & Suzanne Bell.,Teaching with Educational Technology in the 21st century: The Case of the Asia Pacific Region.

Blogged with the Flock Browser

Namun Ku Punya Hati...

Revolvers - Namun Ku Punya Hati: http://www.youtube.com/?v=PuUFiCANdtc
Blogged with the Flock Browser

Sindrom Down

Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.

Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masaalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan.

Isi kandungan

[sorok]

Ciri-ciri

Contoh tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield

Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield, lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya, a single flexion furrow of the fifth finger, and a higher number of ulnar loop dermatoglyphs. Kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50), with scores of children having Mosaic Down syndrome (explained below) typically 10–30 points higher.Tambahan lagi, mereka dengan sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan.

Genetik

Karyotype bagi sindrom Down trisomi. Lihat tiga salinan kromosom 21

Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee[6] dan tikus. Baru-baru ini, penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan kepada kromosom tikus biasa).[7] Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Karyotaip manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan.[8]

Trisomi 21

Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.[9]

Mosaicism

Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21).[10] Ini boleh berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau embrio sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan punca 1–2% dari sindrom Down yang dikaji.[9]

Translokasi Robertsonian

Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang dikaji.[9] Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.

Gandaan sebahagian kromosom 21

Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX, dup(21q)).[11] Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikan dan mental sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes.

Incidence

Graf menunjukkan peningkatan peluang sindrom Down berbanding usia ibu.[12]

Kejadian sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran.[13] Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).[14] Sekitar 95% dari ini adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap ekonomi.

Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan sindrom Down. Pada ibu berusia antara 20 hingga 24, risikonya adalah 1/1490; pada usia 40 risikonya adalah 1/60, dan pada usia 49 risikonya adalah 1/11.[12] Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan sindrom Down dilahirkan pada wanita bawah usia 35,[15] menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.

Penyaringan Sebelum Kelahiran

Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka. Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan sindrom Down. Nasihat genetik serentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), atau ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan sindrom Down, atau di mana ujian paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masaalah. Penyaringan genetik seringkali dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun.

Amniocentesis dan CVS dianggap prosedur menceroboh, dari mana ia membabitkan memasukkan peralatan kedalam uterus, dan dengan itu membawa kemungkinan kecil risiko menyebabkan kecederaan fetus atau keguguran. Terdapat beberapa penyaringan tidak-menceroboh biasa yang boleh mengesan samaada fetus mempunyai sindrom Down. Ini biasanya dilakukan pada akhir tempoh satupertiga kehamilan (trimester) pertama atau awal tempoh duapertiga kehamilan. Disebabkan cara penyaringan, setiapnya mempunyai peluang yang ketara bagi kesilapan positif, mencadangkan fetus mempunyai sindrom Down sedangkan fetus tidak mempunyai kecacatan genetik. Penyaringan positif perlu disahkan sebelum diagnosis sindrom Down dilakukan. Prosedure penyaringan biasa bagi sindrom Down diberikan pada jadual Table 1.

Table 1: Common first and second trimester Down syndrome screens
Screen When performed (weeks gestation) Detection rate False positive rate Description
Triple screen 15–20 75% 8.5% This test measures the maternal serum alpha feto protein (a fetal liver protein), estriol (a pregnancy hormone), and human chorionic gonadotropin (hCG, a pregnancy hormone).[16]
Quad screen 15–20 79% 7.5% This test measures the maternal serum alpha feto protein (a fetal liver protein), estriol (a pregnancy hormone), human chorionic gonadotropin (hCG, a pregnancy hormone), and high inhibin-Alpha (INHA).[16]
AFP/free beta screen 13–22 80% 2.8% This test measures the alpha feto protein, produced by the fetus, and free beta hCG, produced by the placenta.
Nuchal translucency/free beta/PAPPA screen 10–13.5 91%[17] 5%[17] Uses ultrasound to measure Nuchal Translucency in addition to the freeBeta hCG and PAPPA (pregnancy-associate plasma protein A, Templat:OMIM). NIH has confirmed that this first trimester test is more accurate than second trimester screening methods.[18]
Ultrasound fetus dengan sindrom Down dan megacystis

Sungguhpun dengan penyaringan tidak menceroboh terbaik, kadar pengesanan adalah sekitar 90%–95% dan kadar positif palsu adalah 2%–5%. Positif palsu boleh disebabkan oleh banyak fetus yang tidak dikesan (amat jarang dengan ujian ultrasound), tarih kehamilan yang salah, atau variasi normal pada protin.

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

For comprehensive lists of Down syndrome links see

Persatuan dan kemasyarakatan

By country

Health & Targeted Nutritional Intervention

Persidangan


Blogged with the Flock Browser

Heal The World..

video

Ciri - ciri Autisma : Kelainan dalam tingkah laku

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anak / murid Autisma anda mengamuk tanpa terkawal yang adakalanya boleh mencederakan dirinya atau orang lain terutama apabila kemahuannya tidak dipenuhi?. Menghempas badannya/kepalanya ke lantai atau dinding, menggigit dirinya/orang lain, memukul kepalanya, mencederakan tangannya, menarik rambutnya, menghempas bangku kelas, mengoyakkan bajunya dan menggigit butang bajunya merupakan antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak2 Autisma apabila kemahuannya tidak dipenuhi atau menunjukkan kemarahannya. Hari ini saya menghadapi situasi di mana Es mengamuk dan menghempaskan kepalanya ke lantai simen dan juga badannya ke pintu. Es marah ekoran saya tidak membenarkan dia mengurung diri di dalam stor setelah saya membuka stor untuk mengambil kad manila. Dan tingkah laku ini sering dilakukannya samada di sekolah mahupun di rumah. Saya memerhati tingkah laku Es (dengan kawalan) itu memandangkan saya baru sahaja menjadi guru mereka (saya kini guru pra sekolah pend. khas...baru 2 minggu) untuk melihat tindakan ES seterusnya. Es menghempaskan kepalanya di lantai, badannya di pintu dan menterbalikkan 3 buah kerusi dan kemudiannya Es kembali dengan dunianya. Maknanya amukkannya sudah habis dan Es tidak merasakan sebarang kesakitan (antara lain ciri Autisma ialah tidak memperdulikan bahaya/tidak tahu bahaya).






Mendidik anak Autisma menuntut kesabaran ku apatah lagi 99% murid jagaan ku adalah autisma yang juga memiliki ciri2 Autisma yang berbeza.
 
Designed by Lena Graphics by Marie