SELAMAT DATANG!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Selamat datang ke blog saya BloGURU.Blog yang bakal menyajikan maklumat dan informasi berkaitan dengan bidang Pendidikan Khas khususnya...

Rabu, 7 Disember 2011

Bagaimana negara lain mengamalkan AKAK21 dalam sistem pendidikan mereka?

Amalan Kemahiran Abad Ke-21 (AKAK21) dibangunkan secara profesional adalah bertujuan menyediakan guru-guru untuk menyepadukan Kemahiran Abad Ke-21 ke dalam bilik-bilik darjah dan sekolah-sekolah mereka. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 harus menjadi sebahagian daripada penekanan komprehensif kepada kemahiran kehidupan dan kerjaya, kemahiran belajar dan inovasi, dan kemahiran maklumat, kerjaya dan teknologi disamping sejajar dengan piawaian (standard), kokurikulum, dan penilaian. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kepentingan Kemahiran Abad Ke-21 seperti perubahan permintaan tempat kerja yang semakin hebat, keperluan penduduk abad ke-21 yang efektif, dan persaingan global dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, untuk melaksanakan kokurikulum yang seimbang adalah dengan menyediakan semua aspek bagi perkembangan kanak-kanak iaitu fizikal, emosi, sosial, dan intelektual. Kokurikulum yang seimbang juga mengutamakan sifat para pelajar; yakin diri, ketahanan diri, motivasi untuk belajar, kesihatan fizikal, kemahiran sosial, dan ukuran kejayaan yang lain yang tidak boleh selalu diukur hanya dengan berpandukan markah ujian atau peperiksaan. Penerangan diatas juga boleh diilustrasikan melalui Gambarajah 1 di bawah.


Amalan Kemahiran Abad Ke-21 yang berterusan boleh diperjelaskan dengan berpandukan jadual di bawah:

Bergerak dari.....

Bergerak menuju.....

Pemfokusan pada arahan guru

Pemfokusan pada pembelajaran murid

Bekerja sendirian

Bekerjasama

Penyampaian maklumat

Pertukaran maklumat

Pasif, pembelajaran receptif

Aktif, pembelajaran berasaskan pertanyaan

Fakta, pengetahuan asas

Fikiran kritis

Tindak balas reaktif

Pro aktif, berperancangan

Terdapat beberapa pendekatan berasaskan sokongan penyelidikan yang terbukti efektif bagi meningkatkan pembelajaran Kemahiran Abad Ke-21 iaitu pembelajaran berasaskan permasalahan, pembelajaran secara kerjasama, penggunaan konteks real-world (dunia realiti), dan teknologi pendidikan. Pembelajaran berasaskan permasalahan ialah satu strategi instruksional dimana para pelajar didedahkan dengan isu-isu dan topik-topik dunia realiti yang mencabar dimana mereka dikehendaki melakukan proses penyelesaian masalah isu-isu terbabit. Satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan melibatkan diri dalam proses penyelesaian masalah yang memerlukan para pelajar untuk menghasilkan idea-idea seiring dengan penjelasan akan menggalakkan lagi proses pembelajaran. Pembelajaran secara kerjasama yang memerlukan para pelajar untuk bekerjasama di dalam satu kumpulan secara tidak langsung akan menggalakkan semangat kerjasama dalam kumpulan, sifat kepimpinan, dan kemahiran hidupan/karier yang lain disamping dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Teknologi pendidikan adalah salah satu elemen yang terpenting dalam kokurikulum abad ke-21. Mengaplikasikan teknologi yang bersesuaian ke atas tugas-tugas pengajaran boleh meningkatkan kualiti kandungan kedua-dua jenis pembelajaran samada secara tradisional mahupun untuk abad ke-21. Dalam sesetengah kes, perkataan teknologi yang bersesuaian juga dirujuk sebagai pensel, buku, atau perbualan. Sekolah-sekolah abad ke-21 turut mengambil kesempatan terhadap perkembangan teknologi terkini. Teknologi komunikasi masakini memudahkan penghantaran dan penerimaan maklum balas dan membolehkan para pelajar melakukan ulangkaji kerja-kerja mereka secara berterusan. Penggunaan alat digital masa kini membolehkan pegabungan sumber-sumber seperti data saintifik, koleksi perpustakaan, video dan filem dari seluruh dunia ke dalam satu kokurikulum. Ini juga menunjukkan pengajaran yang melibatkan konteks dunia realiti memudahkan pemindahan pembelajaran dari sekolah ke kehidupan sebenar.

Merujuk kepada buku bertajuk Teaching with Educational Technology in the 21st century: The Case of the Asia Pacific Region , yang ditulis bersama oleh Yukiko Inoue & Suzanne Bell, pada Bab 9, mukasurat 230, dimana mereka mengupas isu mengenai peluang dan cabaran E-Learning atau pembelajaran secara elektronik untuk abad ke-21. Dalam bab ini juga ada dikupaskan mengenai Teknologi Maklumat dan Pembelajaran di Kawasan Asia Pasifik. Antara negara di Asia Pasifik yang terlibat dalam kajian ini ialah Singapura, Jepun, China, Hong Kong, dan Australia. Di Singapura, IT Master Plan telah dilancarkan pada tahun 1997. Master Plan I difokuskan untuk membangunkan infrastruktur di dalam sekolah baik dari segi fizikal mahupun teknologinya; menggalakkan peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) di kalangan guru-guru; membangunkan isi kandungan dan sumber-sumber pembelajaran; memperkenalkan kokurikulum dan isu-isu penilaian ke dalam IT; dan mewujudkan hubungan antarabangsa dan pautan berkaitan IT. Master Plan II pula akan lebih memfokuskan mengenai proses pembelajaran dan pembelajaran di atas talian yang berasaskan sesawang (web). Di Jepun, Kementerian Pendidikan nya menjalankan satu projek yang dipanggil Strategi E-Jepun, yang menekankan mengenai penggunaan pendidikan Informasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT) di sekolah. Pemasangan sambungan wayar Internet di dalam semua bilik darjah telah dilaksanakan pada 2005-2006, dan harapan mereka agar kanak-kanak dapat dibantu untuk mempelajari ilmu dan kemahiran terkini. Secara spesifiknya, subjek untuk IT tidak hanya memfokuskan pada kemahiran penggunaan komputer, malah pada pengetahuan dan moral di dalam era informasi, seiring dengan nilai-nilai pandangan.

Rujukan

[1] http://www.21stcenturyskills.org/

[2] http://www.metiri.com

[3] Yukiko Inoue & Suzanne Bell.,Teaching with Educational Technology in the 21st century: The Case of the Asia Pacific Region.

Blogged with the Flock Browser

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Designed by Lena Graphics by Marie